Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَمَا لِي لا تَطَيبُ نَفْسِي، وَلا يَظْهَرُ بِشْرِي، وَإِنَّمَا فَارَقَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ السَّاعَةَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مِنْ أُمَّتِكَ صَلاةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَهُ بِهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ، وَقَالَ لَهُ الْمَلَكُ مِثْلَ مَا قَالَ لَكَ. قُلْتُ: يَا جِبْرِيلُ! وَمَا ذَاكَ الْمَلَكُ؟، قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَّلَ بِكَ مَلَكًا مِنْ لَدُنْ خَلْقِكَ إِلَى أَنْ يَبْعَثَكَ، لا يُصَلِّي عَلَيْكَ أَحَدٌ مِنْ أُمَّتِكَ، إِلا قَالَ: وَأَنْتَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْكَ.
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana tidak aku merasa gembira, dan terpancarnya kegembiraan di wajahku, baru sahaja Jibril meninggalkan aku tadi dan dia berkata: "Wahai Muhammad! Barang siapa yang berselawat ke atasmu daripada kalangan umatmu, Allah menulis baginya sepuluh kebaikan dan memadam darinya sepuluh kejahatan serta menaikkan darjatnya sebanyak sepuluh kali. Lalu seorang malaikat akan berkata padanya seperti mana dia telah berkata padamu. Aku berkata: ((Wahai Jibril! Dan bagaimana pula malaikat itu?)) Beliau berkata: Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah mewakilkan bagi kamu seorang malaikat daripada mulanya penciptaan engkau sehinggalah engkau diutuskan; tidak ada seorang pun yang berselawat ke atasmu daripada kalangan umatmu melainkan ia (malaikat itu) akan berkata: Dan Allah berselawat ke atasmu juga.
Sahabat Perawi
- Abu Talhah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1603, hadis no. 8087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بالشطر الثاني) عن أبي طلحة قال: دخلت على رسول صلى الله عليه وسلم، وأسارير وجهه تبرق، فقلت: يا رسول الله! ما رأيتك أطيب نفساً، ولا أظهر بشراً منك في يومك هذا؟ فقال: ((وَمَا لِي لا تَطَيبُ نَفْسِي، وَلا يَظْهَرُ بِشْرِي، وَإِنَّمَا فَارَقَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ السَّاعَةَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مِنْ أُمَّتِكَ صَلاةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَهُ بِهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ، وَقَالَ لَهُ الْمَلَكُ مِثْلَ مَا قَالَ لَكَ. قُلْتُ: يَا جِبْرِيلُ! وَمَا ذَاكَ الْمَلَكُ؟، قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَّلَ بِكَ مَلَكًا مِنْ لَدُنْ خَلْقِكَ إِلَى أَنْ يَبْعَثَكَ، لا يُصَلِّي عَلَيْكَ أَحَدٌ مِنْ أُمَّتِكَ، إِلا قَالَ: وَأَنْتَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْكَ)). [طب، ((الضعيفة)) (6853)].
(Mawdu’ dengan baris yang kedua) Daripada Abu Talhah, beliau berkata bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW dan mimik wajahnya kelihatan bersinar-sinar kegembiraan, lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah SAW, Tidak pernah aku melihat engkau senang hati dan jelasnya terpancar kegembiraan darimu seperti (yang terlihat) pada harimu hari ini?" Lalu Baginda berkata: ((Bagaimana tidak aku merasa gembira, dan terpancarnya kegembiraan di wajahku, baru sahaja Jibril meninggalkan aku tadi dan dia berkata: "Wahai Muhammad! Barang siapa yang berselawat ke atasmu daripada kalangan umatmu, Allah menulis baginya sepuluh kebaikan dan memadam darinya sepuluh kejahatan serta menaikkan darjatnya sebanyak sepuluh kali. Lalu seorang malaikat akan berkata padanya seperti mana dia telah berkata padamu. Aku berkata: ((Wahai Jibril! Dan bagaimana pula malaikat itu?)) Beliau berkata: Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah mewakilkan bagi kamu seorang malaikat daripada mulanya penciptaan engkau sehinggalah engkau diutuskan; tidak ada seorang pun yang berselawat ke atasmu daripada kalangan umatmu melainkan ia (malaikat itu) akan berkata: Dan Allah berselawat ke atasmu juga.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6853].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman