Bagaimana mereka bertanyakan sesuatu yang aku tidak ada jawapannya?

TEKS BAHASA ARAB

عن رجلين من كندة من قومه قالا: استطلنا يومنا فانطلقنا إلى عقبة بن عامر الجهني، فوجدناه في ظل داره جالسا فقلنا له: إنا استطلنا يومنا فجئنا نتحدث عندك، فقال: وأنا استطلت يومي فخرجت إلى هذا الموضع، قال: ثم أقبل علينا وقال: كنت أخدم رسول الله صلى الله عليه وسلم، فخرجت ذات يوم فإذا أنا برجال من أهل الكتاب بالباب معهم مصاحف، فقالوا: من يستأذن لنا على رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فدخلت على النبي صلى الله عليه وسلم فأخبرته فقال: مالي ولهم يسألونني عما لا أدري؟ إنما أنا عبد لا أعلم إلا ما علمني ربي عز وجل. ثم قال: ابغني وضوءا. فأتيته بوضوء فتوضأ ثم خرج إلى المسجد فصلى ركعتين، ثم انصرف فقال لي وأنا أرى السرور والبشر في وجهه؛ فقال: أدخل القوم علي ومن كان من أصحابي فأدخله أيضا. فأذنت لهم فدخلوا فقال لهم: إن شئتم أحدثكم عما جئتم تسألونني عنه من قبل أن تكلموا، وإن شئتم فتكلموا قبل أن أقول، قالوا: بل أخبرنا، قال " جئتم تسألوني عن ذي القرنين، إن أول أمره أنه كان غلاما من الروم أعطي ملكا فسار حتى أتى ساحل أرض مصر، فابتنى مدينة يقال لها: الإسكندرية


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada dua orang lelaki daripada Kindah daripada sebuah kaum, mereka berkata: Kami mendapati hari kami sangat panjang lalu kami pergi ke Uqbah Bin Amir al-Juhani dan kami dapati dia sedang duduk di sebuah teduhan rumahnya dan kami berkata kepadanya: Sesungguhnya kami mempunyai masa yang panjang pada hari ini lalu kami datang kepada kamu supaya dapat kami bercakap dengan kamu. Uqbah berkata: Dan aku aku mendapati hari aku sangat panjang lalu aku keluar ke tempat ini. Kemudian dia menghadap kepada kami dan berkata: Aku pernah berkhidmat untuk Rasulullah SAW. Pada suatu hari aku keluar dan bersamaku orang-orang daripada kalangan ahli kitab bersama sahifah mereka. Lalu mereka berkata: Siapa yang akan memberi kami izin untuk berjumpa Rasulullah SAW? Kemudian aku pergi ke Nabi SAW dan aku memberitahunya lalu Baginda berkata: Bagaimana mereka bertanyakan sesuatu yang aku tidak ada jawapannya? Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang tidak tahu melainkan Tuhanku azza wa jalla telah mengajarku. Kemudian Baginda berkata: Ambilkan aku air wudhu. Lalu aku pergi kepadanya dengan air wudhu kemudian Baginda berwudhu dan pergi ke masjid dan melakukan solat dua rakaat. Kemudian Baginda pulang dan berkata padaku ketika itu aku melihat kebahagiaan dan kegembiraan pada wajahnya, Baginda berkata: Berilah kaum itu masuk dan datang kepadaku serta sesiapa daripada kalangan sahabatku, berilah mereka masuk juga.” Maka aku memberi mereka izin untuk masuk dan Baginda berkata kepada mereka: “Jika kamu mahu, aku akan berbicara dengan kalian tentang perkara yang kamu ingin datang dan bertanya kepadaku sebelum kamu mula berbicara, atau jika kamu mahu maka katakanlah sebelum aku katakannya.” Mereka menjawab: Bagitahulah kepada kami. Baginda berkata: “Kamu telah datang kepadaku untuk bertanya tentang Zul Qarnain. Sesungguhnya yang pertama adalah beliau merupakan seorang pemuda daripada Rom diberikan kekuasaan. Maka beliau berjalan sehingga sampai kepada sebuah pantai di bumi Mesir, lalu beliau membina kota yang dipanggilnya: Iskandariyyah.


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1665, hadis nombor 8411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Uqbah bin 'Amir RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Asakir.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs