Bagaimana keadaan kamu, wahai ‘Uwaimir apabila diceritakan kepadamu tentang hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كيف أنت یا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا عملت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana keadaan kamu, wahai ‘Uwaimir apabila diceritakan kepadamu tentang hari kiamat: Adakah kamu mengetahui atau tidak? Jika kamu berkata: Aku tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu lakukan terhadap apa yang kamu ketahui? Jika kamu berkata: Aku tidak tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasan kamu terhadap kejahilan kamu? Mengapakah kamu tidak mencari ilmu?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis nombor 9339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كيف أنت یا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا عملت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟)). [الخطيب في ((اقتضاء العلم العمل))، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٤١٥٧)]

(Lemah) Daripada Abū al-Dardā’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagaimana keadaan kamu, wahai ‘Uwaimir apabila diceritakan kepadamu tentang hari kiamat: Adakah kamu mengetahui atau tidak? Jika kamu berkata: Aku tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu lakukan terhadap apa yang kamu ketahui? Jika kamu berkata: Aku tidak tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasan kamu terhadap kejahilan kamu? Mengapakah kamu tidak mencari ilmu?. [Riwayat al-Khaṭīb dalam kitab Iqtiḍā’ al-‘Ilm al-’Amal, al- Kalābāzī dalam kitab Miftāh al-Ma‘ānī, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.