Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كيف أنت يا عويمرُ إذا قيل لك يومَ القيامةِ: أعلمتَ أم جهلتَ؟ فإن قلتَ : علمتُ ؛ قيل لك : فماذا عملتَ فيما علمتَ؟ وإن قلت: جهلتُ؛ قيل لك: فما كان عذرُكَ فيما جهلتَ؛ ألا تعلمتَ؟
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana keadaan kamu, wahai ‘Uwaimir apabila diceritakan kepadamu tentang hari kiamat: Adakah kamu mengetahui atau tidak? Jika kamu berkata: Aku tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu lakukan terhadap apa yang kamu ketahui? Jika kamu berkata: Aku tidak tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasan kamu terhadap kejahilan kamu? Mengapakah kamu tidak mencari ilmu?
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis no. 9339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كيف أنت یا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا عملت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟)). [الخطيب في ((اقتضاء العلم العمل))، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٤١٥٧)]
(Lemah) Daripada Abū al-Dardā’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagaimana keadaan kamu, wahai ‘Uwaimir apabila diceritakan kepadamu tentang hari kiamat: Adakah kamu mengetahui atau tidak? Jika kamu berkata: Aku tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah yang kamu lakukan terhadap apa yang kamu ketahui? Jika kamu berkata: Aku tidak tahu, dikatakan kepadamu: Lalu apakah alasan kamu terhadap kejahilan kamu? Mengapakah kamu tidak mencari ilmu?. [Riwayat al-Khaṭīb dalam kitab Iqtiḍā’ al-‘Ilm al-’Amal, al- Kalābāzī dalam kitab Miftāh al-Ma‘ānī, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4157]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman