Bagaimana keadaan kamu pada suatu zaman bila ada ketua seperti singa hitam

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كيف بكم إذا كان زمان يكون الأميرفيه كالأسد الأسود، والحاكم فيه كالذئب الأمعط، والتاجر كالكلب الهرار، والمؤمن كالشاة إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bagaimana keadaan kamu pada suatu zaman bila ada ketua seperti singa hitam, hakim seperti serigala yang botak, penjual seperti anjing yang meraung dan mukmin seperti kambing.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 210, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: باطل.

Al-Zahabi berkata di dalam kitab al-Mizan: Hadith ini batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs