Bagaimana keadaan kamu jika kamu tetap berada bersama kaum yang tahu apa yang mereka jahilkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كيف أنت إذا بقيت في قوم علموا ما جهل هؤلاء، وهمهم مثل هم هؤلاء؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana keadaan kamu jika kamu tetap berada bersama kaum yang tahu apa yang mereka jahilkan dan kemahuan kamu itu seperti kemahuan mereka?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis nombor 9338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- أنه قال ليالي قدم من اليمن وسأله النبي ﷺ: ((كيف تركت الناس بعدك؟)) قال: تركتهم لا هم لهم إلا هم البهائم، فقال النبي ﷺ: ((كيف أنت إذا بقيت في قوم علموا ما جهل هؤلاء، وهمهم مثل هم هؤلاء؟)). [حل، ((الضعيفة)) (٤١٤٨)]

(Lemah) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA bahawa beliau berkata sewaktu tiba dari Yaman dan Nabi SAW bertanya beliau: Bagaimana keadaan orang ramai selepas pemergianmu? Beliau menjawab: Aku meninggalkan mereka dalam keadaan mereka tidak ada keinginan melainkan seperti keinginan binatang-binatang. Lalu Nabi SAW bersabda: Bagaimana keadaan kamu jika kamu tetap berada bersama kaum yang tahu apa yang mereka jahilkan dan kemahuan kamu itu seperti kemahuan mereka?. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam kitab al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4148]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.