Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كيف أنت إذا بقيتَ في قومٍ علِموا ما جهِل هؤلاءِ، وهمُّهم مثلُ هَمِّ هؤلاءِ؟
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana keadaan kamu jika kamu tetap berada bersama kaum yang tahu apa yang mereka jahilkan dan kemahuan kamu itu seperti kemahuan mereka?
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis no. 9338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- أنه قال ليالي قدم من اليمن وسأله النبي ﷺ: ((كيف تركت الناس بعدك؟)) قال: تركتهم لا هم لهم إلا هم البهائم، فقال النبي ﷺ: ((كيف أنت إذا بقيت في قوم علموا ما جهل هؤلاء، وهمهم مثل هم هؤلاء؟)). [حل، ((الضعيفة)) (٤١٤٨)]
(Lemah) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA bahawa beliau berkata sewaktu tiba dari Yaman dan Nabi SAW bertanya beliau: Bagaimana keadaan orang ramai selepas pemergianmu? Beliau menjawab: Aku meninggalkan mereka dalam keadaan mereka tidak ada keinginan melainkan seperti keinginan binatang-binatang. Lalu Nabi SAW bersabda: Bagaimana keadaan kamu jika kamu tetap berada bersama kaum yang tahu apa yang mereka jahilkan dan kemahuan kamu itu seperti kemahuan mereka?. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam kitab al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4148]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman