Bagaimana keadaan kamu apabila para penguasa berlaku zalim terhadap kamu?

TEKS BAHASA ARAB

كيف أنتم إذا جارت عليكم الولاة؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana keadaan kamu apabila para penguasa berlaku zalim (menindas) terhadap kamu?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1325, hadis nombor 6764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن بسر رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: كيف أنتم إذا جارت عليكم الولاة؟.
[أبو بكر الشافعي في ((الرباعيات))، عد، ابن حبان في ((الثقات))، طس، ((الضعيفة)) (2594)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Busr RA telah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana keadaan kamu apabila para penguasa berlaku zalim (menindas) terhadap kamu?
[Riwayat Abu Bakr al-Shafi'i dalam al-Ruba'iyyat, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2594]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs