Bagaimana kamu tahu?! Boleh jadi dia pernah bercakap tentang perkara yang tidak berkenaan dengannya dan menghalang perkara yang tidak memberi mudarat kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

وما يدريك؟! لعله كان يتكلم فيما لا يعنيه، ويمنع ما لا يضره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana kamu tahu?! Boleh jadi dia pernah bercakap tentang perkara yang tidak berkenaan dengannya dan menghalang perkara yang tidak memberi mudarat kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 239, hadis nombor 1252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: استشهد غلام منا يوم أحد، فوجد على بطنه صخرة مربوطة من الجوع، فمسحت أمه التراب عن وجهه، وقالت: هنيئاً لك يا بني! الجنة. فقال النبي ﷺ: «وما يدريك؟! لعله كان يتكلم فيما لا يعنيه، ويمنع ما لا يضره». [ع، ابن أبي الدنيا في «الصمت»، «الضعيفة» (6107)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Seorang pemuda daripada kalangan kami telah mati syahid dalam (peperangan) Uhud. Lalu ditemui di perutnya ada batu yang diikat disebabkan rasa lapar. Ibunya menyapu tanah daripada wajahnya lalu berkata: "Tahniah untukmu wahai anakku, (kamu telah mendapatkan) syurga". Maka Nabi ﷺ bersabda: "Bagaimana kamu tahu?! Boleh jadi dia pernah bercakap tentang perkara yang tidak berkenaan dengannya dan menghalang perkara yang tidak memberi mudarat kepadanya". [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya dan Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6107].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.