Bagaimana kalian sekiranya para pemimpin melakukan kezaliman ke atas kalian

TEKS BAHASA ARAB

كيف أنتم إذا جارت عليكم الولاة؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana kalian sekiranya para pemimpin melakukan kezaliman ke atas kalian?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835, hadis nombor 4278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن بسر –رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((كيف أنتم إذا جارت عليكم الولاة؟)).
[أبو بكر الشافعي في ((الرباعيات))، عد، ابن حبان في ((الثقات))، طس، ((الضعيفة)) (2594)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Busr RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana kalian sekiranya para pemimpin melakukan kezaliman ke atas kalian?
[Riwayat Abū Bakr al-Syāfi‘ī dalam al-Rubā‘iyyāt, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2594]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs