Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كيفَ أنتُمْ إذا جارَت عليكُم الوُلاةُ؟
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana kalian sekiranya para pemimpin melakukan kezaliman ke atas kalian?
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Busr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835, hadis no. 4278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن بسر –رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((كيف أنتم إذا جارت عليكم الولاة؟)). [أبو بكر الشافعي في ((الرباعيات))، عد، ابن حبان في ((الثقات))، طس، ((الضعيفة)) (2594)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Busr RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana kalian sekiranya para pemimpin melakukan kezaliman ke atas kalian? [Riwayat Abū Bakr al-Syāfi‘ī dalam al-Rubā‘iyyāt, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2594]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman