Bagaimana hatiku tidak senang dan gembira, kerana sebentar tadi Jibril AS baru sahaja berpisah denganku

TEKS BAHASA ARAB

وما لي لا تطيب نفسي ولا يظهر بشري وإنما فارقني جبريل عليه السلام الساعة فقال: يا محمد من صلى عليك من أمتك صلاة كتب الله له بها عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات ورفعه بها عشر درجات وقال له الملك مثل ما قال لك. قلت: يا جبريل وما ذاك الملك؟ قال: إن الله عز وجل وكل بك ملكا من لدن خلقك إلى أن يبعثك لا يصلي عليك أحد من أمتك إلا قال: وأنت صلى الله عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana hatiku tidak senang dan gembira, kerana sebentar tadi Jibril AS baru sahaja berpisah denganku, dia memberitahu: Wahai Muhammad, sesiapa sahaja dalam kalangan umatmu yang berselawat ke atasmu dengan sekali selawat, Allah akan tuliskan untuknya ganjaran sepuluh kebaikan, hapuskan daripadanya sepuluh dosa, angkatnya sebanyak sepuluh darjat, dan ada satu malaikat yang akan berselawat kepadanya sebagaimana dia berselawat ke atasmu. Aku bertanya lagi: Wahai Jibril, malaikat apakah yang berselawat itu? Jibril menjawab: Sesungguhnya Allah SWT telah menghantar satu malaikat kepadamu, sejak kamu diciptakan sehingga kamu dibangkitkan, tiada seorang pun yang berselawat kepada kepadamu melainkan malaikat itu akan berkata: untuk kamu juga, semoga Allah melimpahkan selawat buat kamu.

STATUS

Palsu pada bahagian kedua

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1122, hadis nombor 5668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بالشطر الثاني) عن أبي طلحة، قال: دخلت على رسول الله صلى عليه وسلم وأسارير وجهه تبرق فقلت: يا رسول الله ما رأيتك أطيب نفسًا، ولا أظهر يشرًا منك في يومك هذا؟ فقال: وما لي لا تطيب نفسي ولا يظهر بشري وإنما فارقني جبريل عليه السلام الساعة فقال: يا محمد من صلى عليك من أمتك صلاة كتب الله له بها عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات ورفعه بها عشر درجات وقال له الملك مثل ما قال لك. قلت: يا جبريل وما ذاك الملك؟ قال: إن الله عز وجل وكل بك ملكا من لدن خلقك إلى أن يبعثك لا يصلي عليك أحد من أمتك إلا قال: وأنت صلى الله عليك. [طب، الضعيفة (6853)].

(Bahagian keduanya palsu) Daripada Abu Talhah, beliau berkata: Aku bertemu Rasulullah SAW, raut wajah Baginda memancarkan sinar kegembiraan. Maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah lihat kamu berada dalam keadaan senang hati dan gembira lebih daripada hari ini. Baginda menjawab: Bagaimana hatiku tidak senang dan gembira, kerana sebentar tadi Jibril AS baru sahaja berpisah denganku, dia memberitahu: Wahai Muhammad, sesiapa sahaja dalam kalangan umatmu yang berselawat ke atasmu dengan sekali selawat, Allah akan tuliskan untuknya ganjaran sepuluh kebaikan, hapuskan daripadanya sepuluh dosa, angkatnya sebanyak sepuluh darjat, dan ada satu malaikat yang akan berselawat kepadanya sebagaimana dia berselawat ke atasmu. Aku bertanya lagi: Wahai Jibril, malaikat apakah yang berselawat itu? Jibril menjawab: Sesungguhnya Allah SWT telah menghantar satu malaikat kepadamu, sejak kamu diciptakan sehingga kamu dibangkitkan, tiada seorang pun yang berselawat kepada kepadamu melainkan malaikat itu akan berkata: untuk kamu juga, semoga Allah melimpahkan selawat buat kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6853]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs