Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bagaimana dengan keadaan kamu, wahai manusia!

Teks Bahasa Arab

كيف بكم - أيها الناسُ! - إذا طغى نساؤكم، وفسق فتيانُكم؟ قالوا: يا رسولَ اللهِ! إن هذا لكائن؟! قال: نعم، وأشد منه، كيف أنتم إذا تركتم الأمرَ بالمعروف والنهيَ عن المنكر؟! قالوا: يا رسولَ اللهِ! إنَّ هذا لكائنٌ؟ قال: وأشدُّ منه، كيف بكم إذا رأيتم المنكرَ معروفًا، والمعروف منكرًا؟!

Teks Bahasa Melayu

Bagaimana dengan keadaan kamu, wahai manusia! Apabila wanita-wanita kamu menjadi derhaka (melampaui batas) dan pemuda-pemuda kamu menjadi fasiq? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pasti berlaku?! Baginda bersabda: Ya dan lebih teruk berbanding itu. Bagaimana kamu apabila kamu meninggalkan suruhan kepada perkara makruf (kebaikan) dan meninggalkan daripada larangan terhadap perkara mungkar? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pasti berlaku? Baginda bersabda: Ya dan lebih teruk berbanding itu. Bagaimana dengan keadaan kamu apabila kamu melihat perkara mungkar (jahat) itu baik dan perkara makruf (baik) itu sebagai kejahatan?!.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1356, hadis no. 6917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: كيف بكم - أيها الناس! - إذا طغى نساؤكم، وفسق فتيانكم؟ قالوا: يا رسول الله! إن هذا لكائن؟! قال: نعم، وأشد منه، كيف أنتم إذا تركتم الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر؟! قالوا: يا رسول الله! إن هذا لكائن؟ قال: وأشد منه، كيف بكم إذا رأيتم المنكر معروفا، والمعروف منكرا؟!. [ع، ((الضعيفة)) (5204)]

(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW: Bagaimana dengan keadaan kamu, wahai manusia! Apabila wanita-wanita kamu menjadi derhaka (melampaui batas) dan pemuda-pemuda kamu menjadi fasiq? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pasti berlaku?! Baginda bersabda: Ya dan lebih teruk berbanding itu. Bagaimana kamu apabila kamu meninggalkan suruhan kepada perkara makruf (kebaikan) dan meninggalkan daripada larangan terhadap perkara mungkar? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pasti berlaku? Baginda bersabda: Ya dan lebih teruk berbanding itu. Bagaimana dengan keadaan kamu apabila kamu melihat perkara mungkar (jahat) itu baik dan perkara makruf (baik) itu sebagai kejahatan?!. [Riwayat Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5204]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.