Bagaimana aku tidak bersedih sedangkan kotoran seseorang kamu antara hujung jari dan kukunya

TEKS BAHASA ARAB

ما لي لا أهم ورفغ أحدكم بين أنملته وظفره؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana aku tidak bersedih sedangkan kotoran seseorang kamu (akibat tidak memotong kuku) antara hujung jari dan kukunya?!

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1221, hadis nombor 6222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد اللّه بن مسعود رضي الله عنه، قال: قالوا: يا رسول اللّه! إنك تهم، قال: ما لي لا أهم ورفغ أحدكم بين أنملته وظفره؟!.
[البزار، عق، طب، ((الضعيفة)) (6418)].

(Munkar)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda sedang bersedih. Baginda bersabda: Bagaimana aku tidak bersedih sedangkan kotoran seseorang kamu (akibat tidak memotong kuku) antara hujung jari dan kukunya?!.
[Riwayat al-Bazzar, al-'Uqaili, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6418].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs