Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كيف تهلِكُ أمَّةٌ أنا أوَّلُها، وعيسَى في آخرِها، والمهديُّ في وسَطِها.
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana akan hancur umatku jika aku di barisan hadapannya, Isa AS berada di barisan akhir, dan al-Mahdi di tengah-tengahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis no. 9140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: كيف تهلك أمة أنا أولها، وعيسى في آخرها، والمهدي في وسطها. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2349)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana akan hancur umatku jika aku di barisan hadapannya, Isa AS berada di barisan akhir, dan al-Mahdi di tengah-tengahnya. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2349]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman