Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قولي: اللهمَّ مُصغِّرَ الكبيرِ، ومُكبِّرَ الصغيرِ! صغِّرْ ما بي.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah masuk menemuiku dan satu bisul timbul pada jariku, lalu Baginda bersabda: "Adakah kamu memiliki wangian?", Baginda pun meletakkannya di atas bisul itu dan bersabda: "Bacalah: Ya Allah! Tuhan yang mengecilkan benda besar dan membesarkan benda kecil, kecilkanlah apa yang menimpaku".
Sahabat Perawi
- beberapa isteri Nabi SAW
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1477, hadis no. 7530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بعض أزواج النبي - صلى الله عليه وسلم - قالت: دخل علي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وقد خرج من إصبعي بثرة فقال: ((عندك ذريرة؟)) فوضعها عليها وقال: ((قولي: اللهم مصغر الكبير، ومكبر الصغير! صغر ما بي)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4068)]
(Lemah) Daripada beberapa isteri Nabi SAW, katanya: Rasulullah SAW pernah masuk menemuiku dan satu bisul timbul pada jariku, lalu Baginda bersabda: "Adakah kamu memiliki wangian?", Baginda pun meletakkannya di atas bisul itu dan bersabda: "Bacalah: Ya Allah! Tuhan yang mengecilkan benda besar dan membesarkan benda kecil, kecilkanlah apa yang menimpaku". [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4068]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman