Bacalah surah Yasin untuk orang yang mati daripada kalangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

اقرأوا على موتاكم (يس).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bacalah surah Yasin untuk orang yang mati daripada kalangan kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1525, hadis nombor 7754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معقل بن يسار – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اقرأوا على موتاكم (يس))). [د، ه، ك،حم، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة))(5861)].

(Lemah)
Daripada Ma’qil bin Yassar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah surah Yasin untuk orang yang mati daripada kalangan kamu.”
[Riwayat Abī Dāwud di dalam Sunannya, Ibn Mājah di dalam Sunannya, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, Ahmad di dalam Musnadnya dan Abd al-Ghani al-Maqdisi di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5861].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs