Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقْرَوأُ عَلَى مَوْتَاكم (يس).
Teks Bahasa Melayu
Bacalah surah Yasin untuk orang yang mati daripada kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- Mi’qal bin Yassar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1525, hadis no. 7754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معقل بن يسار - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اقرأوا على موتاكم (يس))). [د، ه، ك،حم، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة))(5861)].
(Lemah) Daripada Ma'qil bin Yassar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah surah Yasin untuk orang yang mati daripada kalangan kamu.” [Riwayat Abī Dāwud di dalam Sunannya, Ibn Mājah di dalam Sunannya, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, Ahmad di dalam Musnadnya dan Abd al-Ghani al-Maqdisi di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5861].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman