Bacalah surah Yaasin ke atas orang yang meninggal dunia dalam kalangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

اقرأوا على موتاكم (يس).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bacalah surah Yaasin ke atas orang yang meninggal dunia dalam kalangan kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1756, hadis nombor 8842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((اقرأوا على موتاكم (يس).)) [د، هـ، ك، حم، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (5861)].

(Lemah)
Daripada Ma’qil bin Yasar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Bacalah ke atas orang yang meninggal dunia dalam kalangan kamu surah Yaasin.))
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya dan ‘Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5861].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs