Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقرَأوا علَى مَوتاكُم يس.
Teks Bahasa Melayu
Bacalah surah Yaasin ke atas orang yang meninggal dunia dalam kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- Ma'qil bin Yasar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1756, hadis no. 8842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((اقرأوا على موتاكم (يس).)) [د، هـ، ك، حم، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (5861)].
(Lemah) Daripada Ma'qil bin Yasar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Bacalah ke atas orang yang meninggal dunia dalam kalangan kamu surah Yaasin.)) [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya dan ‘Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5861].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman