Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقْرَأِ القرآنَ ما نَهَاكَ، فإذا لم يَنْهَكَ فلَسْتَ تَقْرَؤُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Bacalah al-Quran sehingga ia menegahmu. Sekiranya ia belum dapat menegahmu, maka engkau belum membacanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1442, hadis no. 7332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرؤه. [فر، ((الضعيفة)) (2524)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacalah al-Quran sehingga ia menegahmu. Sekiranya ia belum dapat menegahmu, maka engkau belum membacanya. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2524]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman