Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengazab hati yang celik al-Quran

Teks Bahasa Arab

اقرَؤوا القرآنَ فإنَّ اللهَ لا يُعذِّبُ قلبًا وعَى القرآنَ.

Teks Bahasa Melayu

Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengazab hati yang celik al-Quran.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1442, hadis no. 7334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: اقرؤوا القرآن فإن الله لا يعذب قلبا وعى القرآن. [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2865)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengazab hati yang celik al-Quran. [Riwayat Tammām dalam al-Fawā'id, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2865]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.