Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan mengazabkan hati yang mendalami al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

اقرؤوا القرآن فإن الله لا يعذب قلبا وعى القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan mengazabkan hati yang mendalami al-Quran.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253, hadis nombor 6402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: اقرؤوا القرآن فإن الله لا يعذب قلبا وعى القرآن.
[تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2865)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan mengazabkan hati yang mendalami al-Quran.
[Riwayat Tammam, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2865]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs