Bacalah al-Qur'an hingga ia menegahmu, jika ia belum mampu menegahmu, maka engkau belum membacanya

TEKS BAHASA ARAB

اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرؤه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bacalah al-Qur’an hingga ia menegahmu, jika ia belum mampu menegahmu, maka engkau belum membacanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253, hadis nombor 6400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرؤه.
[فر، ((الضعيفة)) (2524)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacalah al-Qur’an hingga ia menegahmu, jika ia belum mampu menegahmu, maka engkau belum membacanya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2524]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.