Bacalah al-Quran dengan nada sedih kerana ia telah diturunkan dengan kesedihan

TEKS BAHASA ARAB

اقرؤوا القرآن بحزن فإنه نزل بالحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bacalah al-Quran dengan nada sedih kerana ia telah diturunkan dengan kesedihan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253, hadis nombor 6401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن بريدة رضي الله عنه مرفوعا: اقرؤوا القرآن بحزن فإنه نزل بالحزن.
[الخلال في ((الأمر بالمعروف))، ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (2523)].

(Sangat Lemah)
Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacalah al-Qur’an dengan nada sedih kerana ia telah diturunkan dengan kesedihan.
[Riwayat al-Khallal dalam al-Amr bil Ma'ruf, Ibn al-A'rabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2523]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.