Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقرؤوا القرآنَ بحُزْنٍ فإنه نَزَل بالحُزْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Bacalah al-Quran dengan nada sedih kerana ia telah diturunkan dengan kesedihan.
Sahabat Perawi
- Buraidah bin al-Husaib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1442, hadis no. 7333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن بريدة عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: اقرؤوا القرآن بحزن فإنه نزل بالحزن. [الخلال في ((الأمر بالمعروف))، ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (2523)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Buraidah daripada ayahnya RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacalah al-Quran dengan nada sedih kerana ia telah diturunkan dengan kesedihan. [Riwayat al-Khalāl dalam al-Amr bi al-Ma‘rūf, Abū Sa‘īd bin al-A‘rābī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2523]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman