Bacakanlah kepadaku al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

لا أعرفن أحدا منكم أتاه عني حديث وهو متكئ في أريكته، فيقول: اتلوا به علي قرآنا! ما جاءكم عني من خير قلته، أو لم أقله فأنا أقوله، وما أتاكم من شر فإني لا أقول الشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak mengetahui seseorang daripada kamu yang diberitahu kepadanya sebuah hadith daripadaku, ketika dia sedang bersandar pada sofanya, lalu dia berkata: Bacakanlah kepadaku al-Qur’an. Apa yang datang kepada kamu daripadaku berupa kebaikan, sama ada aku mengatakannya ataupun tidak, maka pastilah aku mengatakannya, dan apa yang datang kepada kamu berupa keburukan, maka aku tidak mengatakan perkara yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1241, hadis nombor 6329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: لا أعرفن أحدا منكم أتاه عني حديث وهو متكئ في أريكته، فيقول: اتلوا به علي قرآنا! ما جاءكم عني من خير قلته، أو لم أقله فأنا أقوله، وما أتاكم من شر فإني لا أقول الشر.
[حم، البزار، ((الضعيفة)) (1086)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Aku tidak mengetahui seseorang daripada kamu yang diberitahu kepadanya sebuah hadith daripadaku, ketika dia sedang bersandar pada sofanya, lalu dia berkata: Bacakanlah kepadaku al-Qur’an. Apa yang datang kepada kamu daripadaku berupa kebaikan, sama ada aku mengatakannya ataupun tidak, maka pastilah aku mengatakannya, dan apa yang datang kepada kamu berupa keburukan, maka aku tidak mengatakan perkara yang buruk.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1086]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs