Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Bacaan surah-surah al-Qalaqil adalah aman daripada kefakiran

Teks Bahasa Arab

قِرَاءَةُ سُوَرِ الْقَلاقِلِ أَمَانٌ مِنَ الْفَقْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Bacaan surah-surah al-Qalaqil adalah aman daripada kefakiran.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 130, hadis no. 214. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أصل له.

Al-Sakhawi berkata: Tiada asal baginya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.