Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bacaan surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan terpelihara daripada setiap fitnah selam 8 hari

Teks Bahasa Arab

مَن قرأَ سورَةَ الكهفِ يومَ الجمعةِ، فهو مَعصومٌ إلى ثمانيةِ أيَّامٍ من كلِّ فتنةٍ تكونُ، فإنَّ خرجَ الدَّجالُ، عُصمَ منهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia terpelihara hingga (selama) 8 hari daripada setiap fitnah yang bakal (mungkin) berlaku, jika Dajal keluar, maka dia terpelihara (dilindungi) daripadanya (Dajal).

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1434, hadis no. 7286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة، فهو معصوم إلى ثمانية أيام من كل فتنة تكون، فإن خرج الدجال، عصم منه. [الضياء، ((الضعيفة)) (2013)]

(Sangat lemah) Daripada 'Ali RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia terpelihara hingga (selama) 8 hari daripada setiap fitnah yang bakal (mungkin) berlaku, jika Dajal keluar, maka dia terpelihara (dilindungi) daripadanya (Dajal). [Riwayat al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2013]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.