Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُل: أعوذُ باللهِ من الشيطانِ الرَّجيمِ؛ فإنِّي قرأتُ على جبريلَ: أعوذُ باللهِ السَّميعِ العَليم، فقال لي: قل: أعوذُ باللهِ مِنَ الشَّيطانِ الرَّجيمِ، ثمَّ قال لي جبريلُ: هكذا أخَذتُ عن ميكائيلَ، وأخذَها ميكائيلُ عن اللَّوحِ المحفوظِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebutkanlah: Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Sesungguhnya aku telah membaca kepada Jibril: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Jibril pun berkata kepadaku: Sebutkanlah: Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian Jibril berkata kepadaku: Demikianlah sebagaimana aku ambil daripada Mikail dan Mikail telah mengambilnya daripada Luh Mahfuz.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1272 - 1273, hadis no. 6517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زر بن حبيش، قال: قرأت على عبد الله بن مسعود، فقال لي: قرأت على رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعوذ بالله السميع العليم، فقال لي: قل أعوذ بالله من الشيطان الرجيم؛ فإني قرأت على جبريل: أعوذ بالله السميع العليم، فقال لي: قل: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، ثم قال لي جبريل: هكذا أخذت عن ميكائيل، وأخذها ميكائيل عن اللوح المحفوظ. [ابن الجوزي في ((مسلسلاته))، الجزري في ((القراءات العشر))، ((الضعيفة)) (3903)]
(Lemah) Daripada Zar bin Hubaish: Aku telah membaca kepada 'Abdullah bin Mas'ud, lalu 'Abdullah berkata: Aku telah membaca kepada Rasulullah SAW: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Baginda pun bersabda kepadaku: Sebutkanlah: Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Sesungguhnya aku telah membaca kepada Jibril: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Jibril pun berkata kepadaku: Sebutkanlah: Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian Jibril berkata kepadaku: Demikianlah sebagaimana aku ambil daripada Mikail dan Mikail telah mengambilnya daripada Luh Mahfuz. [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam Musalsalat beliau dan al-Jazari dalam al-Qiraat al-'Ashar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3903]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman