Daif

30/06/2024

minit bacaan



Bacaan al-Quran kamu secara melihat (kepada mushaf) akan digandakan ganjaran pahalanya

Teks Bahasa Arab

قراءتُك القرآنَ نظرًا تضعفُ لكُ على قراءتِكَ ظاهرًا؛ كفضلِ المكتوبةِ على النافلةِ.

Teks Bahasa Melayu

Bacaan al-Quran kamu secara melihat (kepada mushaf) akan digandakan ganjaran pahalanya buat kamu berbanding kamu membacanya terus secara zahir (tanpa melihat mushaf). Seperti (perbandingan) kelebihan solat fardhu ke atas solat sunat.

Sahabat Perawi

  1. ‘Amru bin Aus

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 290, hadis no. 1523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن أوس مرفوعا: «قراءتك القرآن نظرا تضعف لك على قراءتك ظاهرا؛ كفضل المكتوبة على النافلة». [للحاملي في «المجلس الخمسين»، «الضعيفة» (4053)]

(Daif) Daripada ‘Amru bin Aus secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacaan al-Quran kamu secara melihat (kepada mushaf) akan digandakan ganjaran pahalanya buat kamu berbanding kamu membacanya terus secara zahir (tanpa melihat mushaf). Seperti (perbandingan) kelebihan solat fardhu ke atas solat sunat. [Riwayat al-Mahamali dalam al-Majlis al-Khamsin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4053]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.