Baca doa "Dengan nama Allah ke atas diriku, dan hartaku serta agamaku" apabila keluar rumah

TEKS BAHASA ARAB

ما يمنع أحدكم إذا عسر عليه أمر معيشته، أن يقول إذا خرج من بيته: بسم الله على نفسي ومالي وديني، اللهم! رضني بقضائك، وبارك لي فيما قدر لي، حتى لا أحب تعجيل ما أخرت ولا تأخير ما عجلت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apa yang menghalang salah seorang daripada kamu apabila urusan kehidupannya menjadi susah, hendaklah dia membaca apabila dia keluar daripada rumahnya: Dengan nama Allah ke atas diriku, dan hartaku serta agamaku. Ya Allah! Redhailah aku dengan ketentuan-Mu dan berkatilah aku dengan apa yang telah ditetapkan untukku supaya tidak aku suka untuk mempercepatkan apa yang telah Engkau lewatkan dan melambatkan apa yang telah Engkau cepatkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1561, hadis nombor 7905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمرو-رضي الله عنهما-، مرفوعا: ((ما يمنع أحدكم إذا عسر عليه أمر معيشته، أن يقول إذا خرج من بيته : باسم الله على نفسي ومالي وديني، اللهم! رَضِّني بقضائِك، وبارك لي فيما قُدِرَ لي، حتى لا أحب تعجيل ما أخَّرْتَ ولا تأخير ما عجَّلْتَ)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (6038)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apa yang menghalang salah seorang daripada kamu apabila urusan kehidupannya menjadi susah, hendaklah dia membaca apabila dia keluar daripada rumahnya: Dengan nama Allah ke atas diriku, dan hartaku serta agamaku. Ya Allah! Redhailah aku dengan ketentuan-Mu dan berkatilah aku dengan apa yang telah ditetapkan untukku supaya tidak aku suka untuk mempercepatkan apa yang telah Engkau lewatkan dan melambatkan apa yang telah Engkau cepatkan. [Diriwayatkan oleh Ibn Al-Sunni, lihat Silsilah al-Daifah, no.6038].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs