Air wudhu’ Baginda tidak membasahi tanah

TEKS BAHASA ARAB

كان وضوؤه لا يبل الثرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Air wudhu' Baginda tidak membasahi tanah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 68, hadis nombor 276. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا اللفظ، لكن عند النسائي عن ذي مخبر أنه – صلى الله عليه وسلم – توضأ وضوءا لم يبل التراب.

Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun terdapat dalam riwayat al-Nasa'ei daripada Zu Makhbar bahawa Baginda SAW mengambil wudhu' hingga tidak membasahi tanah.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs