Barang siapa dari kalian datang untuk solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

من جاء منكم الجمعة؛ فليغتسل. فلما كان الشتاء قلنا: يا رسول الله! أمرتنا بالغسل للجمعة، وقد جاء الشتاء ونحن نجد البرد؟ فقال: من اغتسل فبها ونعمت، ومن لم يغتسل؛ فلا حرج

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa dari kalian datang untuk menunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. Ketika tiba musim sejuk kami berkata: Ya Rasulullah! Tuan perintahkan kami dengan mandi untuk solat Jumaat sedangkan telah tiba musim sejuk dan kami merasa sejuk? Lalu jawab baginda: Barang siapa yang mandi maka itu baik baginya dan siapa yang tidak mandi, ia tidak mengapa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 312, hadis nombor 1644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن أنس –رضي الله عنه-، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((من جاء منكم الجمعة؛ فليغتسل. فلما كان الشتاء قلنا: يا رسول الله! أمرتنا بالغسل للجمعة، وقد جاء الشتاء ونحن نجد البرد؟ فقال: من اغتسل فبها ونعمت، ومن لم يغتسل؛ فلا حرج)).
[ عد، ((الضعيفة)) (5201) ].

(Palsu dengan sebegini lengkap) Dari Anas RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa dari kalian datang untuk menunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. Ketika tiba musim sejuk kami berkata: Ya Rasulullah! Tuan perintahkan kami dengan mandi untuk solat Jumaat sedangkan telah tiba musim sejuk dan kami merasa sejuk? Lalu jawab baginda: Barang siapa yang mandi maka itu baik baginya dan siapa yang tidak mandi, ia tidak mengapa.
[Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam Kitab al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5201].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs