Serban adalah mahkota orang Arab

TEKS BAHASA ARAB

حديث: العمائم تيجان العرب والاحتباء حيطانها وجلوس المؤمنين في المسجد رباط.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Serban adalah mahkota orang Arab, peluk lutut pula adalah dindingnya manakala duduknya orang mukmin di masjid adalah ribat (berjaga-jaga diperbatasan).


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 187, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المقاصد: ضعيف. وأخرج البيهقي معناه من قول الزهري.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Hadith ini lemah. Dan al-Baihaqi meriwayatkan maknanya dari perkataan al-Zuhri.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs