Sesiapa yang memakan kacang pul beserta dengan kulitnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أكل فولة بقشرها أخرج الله منه من الداء مثلها.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memakan kacang pul beserta dengan kulitnya, Allah akan mengeluarkan darinya penyakit sepertimana kacang yang dikupaskan kulitnya.

 

STATUS

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 163, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

رواه الطبراني عن عائشة مرفوعا وليس بصحيح في إسناده: عبد الصمد ابن مطير متروك.

Al-Tabarani meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan sanadnya tidak sahih kerana terdapat Abd al-Samad Ibn Mutir seorang perawi yang matruk (terlalu daif).

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs