Kelebihan daun kucai berbanding sayur-sayuran lain

TEKS BAHASA ARAB

حديث: فضل الكراث على البقول كفضل الخبز على سائر الأشياء.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kelebihan daun kucai berbanding sayur-sayuran lain, adalah seperti kelebihan roti berbanding segala sesuatu.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 167, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو حديث طويل وفيه: ذكر الجوز والهندبا والكمأة والجرجير بنحو ما تقدم وذكر اللحم وقال فيه: ليس منه مضغة تقع في المعدة إلا أنبتت في مكانها داء وأخرجت مثلها من الشفاء وهو حديث موضوع.

Hadith ini panjang, ada disebut padanya kacang walnut (buah pala), al-hindiba (dandelion, sejenis bunga), cendawan, gargil dan apa yang telah disebutkan sebelum ini, dan nabi menyebut daging dan berkata tentangnya bahawa tiada segumpal daging yang berada di perut melainkan ia menumbuhkan padanya penyakit dan ia mengeluarkan sepertinya daripada penawar. Hadith ini adalah palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs