Keju adalah penyakit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الجبن داء والجوز داء فإذا اجتمعا كانا شفاء.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Keju adalah penyakit dan walnut (sejenis kacang) adalah penyakit, sekiranya dihimpunkan keduanya maka jadilah penawar.


STATUS

Terlalu lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 164, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الحاكم عن ابن عباس مرفوعا وقال: هذا حديث منكر. انتهى.
وله طرق كثيرة لا تقوم الحجة بشيء منها .

Al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan Al-Hakim berkata: Hadith ini munkar (terlalu daif). Tamat.
Bagi hadith ini terdapat jalan yang banyak, walaubagaimanapun tidak boleh dijadikan hujah sesuatupun daripada jalannya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs