Seseorang wanita itu berasal daripada lelaki

TEKS BAHASA ARAB

المرأة من المرء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang wanita itu berasal daripada lelaki.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 83, hadis nombor 375. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لعله مثل، وهو في معنى: “النساء شقائق الرجال”، ويؤيده قوله تعالى: {وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا} [النِّسَاء: 1].

Boleh jadi ia adalah sebuah perumpamaan, ia semakna dengan: “Para wanita adalah sebahagian daripada para lelaki”. Dan disokong oleh firman Allah Ta’ala: “Dan yang menjadikannya daripada (Adam)”. [Surah al-Nisa’ ayat 1].

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs