Allah mengetahui tidak ada kebaikan pun pada mereka

TEKS BAHASA ARAB

لو علم الله في الخصيان خيرا لأخرج من أصلابهم ذرية توحد الله ولكن علم أن لا خير فيهم فأجبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah Allah mengetahui adanya kebaikan pada orang yang terpotong kemaluan, pastilah Allah akan keluarkan daripada sulbi-sulbi mereka zuriat yang akan mentauhidkan Allah, namun Allah telah mengetahui bahawa tidak ada kebaikan pun pada mereka, oleh kerana itu Dia memotong mereka.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 77, hadis nombor 329. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أخرجه الديلمي عن ابن عباس مرفوعا بلا سند ولا يصح بل كل ما فيه مدح لهم أو ذم باطل نعم في كلام الشافعي – رضي الله عنه – أربعة لا يعبأ الله بهم يوم القيامة زهد خصي وتقوى جندي وأمانة امرأة وعبادة صبي.

Ia telah dikeluarkan oleh al-Dailami daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ tanpa sanad, namun ia tidak sahih, bahkan semua berkaitannya sama ada pujian atau kejian adalah batil. Ya, terdapat dalam ucapan al-Shafi’ei RA: “Empat golongan yang tidak dihiraukan oleh Allah pada hari Kiamat, iaitu kezuhudan orang yang terpotong zakar, ketaqwaan seorang tentera, sifat amanah wanita dan ibadah kanak-kanak”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs