Jibril telah datang kepadaku dengan membawa satu periuk

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل بقدر فأكلت منها، فأعطيت قوة أربعين رجلاً في الجماع

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril telah datang kepadaku dengan membawa satu periuk, lalu aku pun makan sebahagian isi yang terdapat dalam periuk tersebut. Aku pun diberikan kekuatan 40 orang lelaki dalam bersetubuh

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 6, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah termasuk hadith-hadith al-Harisah (sejenis manisan yang diperbuat daripada tepung, mentega dan gula). Kesemua hadith-hadith tentang al-Harisah adalah palsu. Al-Hafiz Muhammad bin Nasir al-Din al-Dimashqi telah mengumpulkan hadith-hadith tersebut khusus dalam satu tulisan kecil berjudul Raf'u al-Dasisah Bi Wadh'ei Hadith al-Harisah. Allah Ta'ala memberikan kekuatan kepada RasulNya SAW dan kepada sesiapa yang Dia mahu dalam kalangan hamba-hambaNya untuk bersetubuh tanpa periuk yang digunakan oleh Jibril A.S untuk memasak dan menurunkannya daripada langit. Penulis (al-Suyuti) akan menyebutkan hadith-hadith berkenaannya yang lebih ganjil lagi berbanding hadith ini (yang menyebutkan) bahawa periuk tersebut ada bersama Nabi SAW, setiap kali perlu Baginda akan makan sebahagian isi dalam periuk tersebut dan Baginda mendapati di dalamnya terdapat daging. Perkara seperti ini termasuk suatu yang boleh merendahkan kedudukan penulis (al-Suyuti) RH kerana berpegang dengan kisah yang jelas batil seperti ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs