Allah melaknat golongan Yahudi

TEKS BAHASA ARAB

لعن الله اليهود ثم اليهود ثم أموات النصارى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah melaknat golongan Yahudi, kemudian golongan Yahudi, kemudian orang-orang mati dalam kalangan Nasrani.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 74, hadis nombor 311. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هذا لفظ جار على ألسنة العوام، ولا أصل له في كتب الحديث والآثار.

Lafaz ini berlegar-legar pada lidah orang ramai, namun ia tidak ada asalnya dalam kitab-kitab hadith dan athar.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs