Pada hari kiamat tidak akan ada orang yang menunggang kecuali kami berempat

TEKS BAHASA ARAB

ليس في القيامة راكب غيرنا، ونحن أربعة، أما أنا؛ فعلى دابة الله الُبراق، وأما أخي صالح فعلى ناقة الله التي عُقِرت، وعمِّي حمزة أسد الله وأسد رسوله، على ناقتي العضباء، وأخي وابنُ عمي وصهري علي بن أبي طالب على ناقة من نوق الجنة مدبجة الظهر، رحلها من زمرد أخضر، مضبب بالذهب الأحمر، رأسها من الكافور الأبيض وذنبها من العنبر الأشهب، وقوائهما من المسك الأذفر، وعنقها من لؤلؤ، وعليها قبة من نور الله، باطنها عَفْوُ الله … إلخ، فينادي مناد من لدنان العرش، أو قال: من بُطْنانِ العرش: ليس هذا ملكاً مقرباً، ولا نبياً مرسلاً، ولا حامل عرش رب العالمين؛ هذا عليُّ ابنُ أبي طالب أمير المؤمنين ( … الحديث) ولو أن عابداً عبد الله بين لرُّكن والمقام ألف عام، وألف عام، حتى يكون كالشَّنِّ البالي لَقِيَ اللهَ مبغضاً لآل محمدٍ أكبَّهُ الله على مَنْخِره في نار جهنمَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat tidak akan ada orang yang menunggang kecuali kami berempat. Aku akan berada di atas binatang yang bernama Buraq, manakala saudaraku Salih akan berada di atas unta Allah yang telah disembelih. Bapa saudaraku Hamzah yang merupakan singa Allah dan singa Rasulnya akan berada di atas dua unta yang dipanggil al-Adba’. Manakala saudaraku, sepupuku dan menantuku Ali bin Abi Talib akan berada di atas unta daripada unta syurga yang dihias belakangnya dengan sutera, tempat duduknya daripada batu zamrud yang hijau yang dihiasi dengan emas merah. Kepalanya daripada kapur berwarna putih, ekornya daripada wangian yang menyala, dan kakinya daripada kasturi al-Azfar, lehernya daripada mutiara, dan di atasnya ada kubah daripada cahaya Allah dan batinnya keampunan Allah.. sehingga akhirnya. Lalu terdapat seseorang yang memanggil daripada sisi Arash ataupun: dari belakang Arasy: Ini bukanlah malaikat yang dekat atau nabi yang diutus, bukan juga pemikul Arasy Tuhan sekalian alam. Ini adalah Ali bin Abi Talib ketua orang-orang yang beriman (hadith..) Walaupun seorang yang beribadat menyembah Allah di antara rukun (Yamani) dan maqam (Ibrahim) selama seribu tahun sehingga menjadi seperti bekas lama, bertemu Allah dalam keadaan yang murka kepada keluarga Muhammad, Allah akan mengeheretnya atas hidungnya ke dalam neraka Jahannam.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1711, hadis nombor 8608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل ظاهر البطلان، قاتل الله واضعه، ما أجرأه على الله!)
عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليس في القيامة راكب غيرنا، ونحن أربعة، أما أنا؛ فعلى دابة الله الُبراق، وأما أخي صالح فعلى ناقة الله التي عُقِرت، وعمِّي حمزة أسد الله وأسد رسوله، على ناقتي العضباء، وأخي وابنُ عمي وصهري علي بن أبي طالب على ناقة من نوق الجنة مدبجة الظهر، رحلها من زمرد أخضر، مضبب بالذهب الأحمر، رأسها من الكافور الأبيض وذنبها من العنبر الأشهب، وقوائهما من المسك الأذفر، وعنقها من لؤلؤ، وعليها قبة من نور الله، باطنها عَفْوُ الله … إلخ، فينادي مناد من لدنان العرش، أو قال: من بُطْنانِ العرش: ليس هذا ملكاً مقرباً، ولا نبياً مرسلاً، ولا حامل عرش رب العالمين؛ هذا عليُّ ابنُ أبي طالب أمير المؤمنين ( … الحديث) ولو أن عابداً عبد الله بين لرُّكن والمقام ألف عام، وألف عام، حتى يكون كالشَّنِّ البالي لَقِيَ اللهَ مبغضاً لآل محمدٍ أكبَّهُ الله على مَنْخِره في نار جهنمَ)).
[خط، ((الضعيفة)) (6130) ].

(Batil, kebatilan yang nyata, moga Allah hapuskan penciptanya, sangat melampau dia terhadap Allah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Pada hari kiamat tidak akan ada orang yang menunggang kecuali kami berempat. Aku akan berada di atas binatang yang bernama Buraq, manakala saudaraku Salih akan berada di atas unta Allah yang telah disembelih. Bapa saudaraku Hamzah yang merupakan singa Allah dan singa Rasulnya akan berada di atas dua unta yang dipanggil al-Adba’. Manakala saudaraku, sepupuku dan menantuku Ali bin Abi Talib akan berada di atas unta daripada unta syurga yang dihias belakangnya dengan sutera, tempat duduknya daripada batu zamrud yang hijau yang dihiasi dengan emas merah. Kepalanya daripada kapur berwarna putih, ekornya daripada wangian yang menyala, dan kakinya daripada kasturi al-Azfar, lehernya daripada mutiara, dan di atasnya ada kubah daripada cahaya Allah dan batinnya keampunan Allah.. sehingga akhirnya. Lalu terdapat seseorang yang memanggil daripada sisi Arash ataupun: dari belakang Arasy: Ini bukanlah malaikat yang dekat atau nabi yang diutus, bukan juga pemikul Arasy Tuhan sekalian alam. Ini adalah Ali bin Abi Talib ketua orang-orang yang beriman (hadith..) Walaupun seorang yang beribadat menyembah Allah di antara rukun (Yamani) dan maqam (Ibrahim) selama seribu tahun sehingga menjadi seperti bekas lama, bertemu Allah dalam keadaan yang murka kepada keluarga Muhammad, Allah akan mengeheretnya atas hidungnya ke dalam neraka Jahannam.
Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6130.

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs