Wahai Mu’az! Apabila kamu sampai ke bumi yang dipenuhi batu kerikil

TEKS BAHASA ARAB

إذا جزت يا معاذ أرض الحصيب -يعني من اليمن- فهرول فإن بها الحور العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Mu'az! Apabila kamu sampai ke bumi yang dipenuhi batu kerikil (iaitu salah satu tempat di Yaman), maka berlarilah dengan lari anak, kerana di sana terdapat bidadari.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 13, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:


لا يعرف.

Tidak diketahui.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs