Hilangkanlah dukalara dan kegundahan dengan sedekah

TEKS BAHASA ARAB

تَدَارَكُوا الغُمُومَ والهُمُومَ بالصَّدَقاتِ يَكْشِفُ الله تَعالى ضَرَّكُمْ وَيَنْصُرُكُمْ على عَدُوِّكُمْ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hilangkanlah dukalara dan kegundahan dengan sedekah, Allah Ta'ala akan melepaskan mudarat kamu dan menolong kamu melawan musuh kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 28, hadis nombor 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut ada sambungan yang tidak disebutkan oleh penulis (al-Suyuti) iaitu: "Dan Allah menetapkan kaki-kaki kamu ketika kesusahan". Ia melalui riwayat perawi pendusta yang bersendirian meriwayatkannya, maka hadith tersebut palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs