Pakailah cincin dengan batu ‘aqiq kerana ia boleh menghapuskan kefaqiran

TEKS BAHASA ARAB

تَخَتَّمُوا بالعَقِيقِ فإنَّهُ يَنْفِي الفَقْرَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakailah cincin dengan batu 'aqiq kerana ia boleh menghapuskan kefaqiran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 28, hadis nombor 127. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat al-Husain bin Ibrahim al-Babi, al-Zahabi berkata: "Tidak dikenali, boleh jadi hadith tersebut adalah rekaan beliau". Demikian juga Ibn 'Adi, Ibn al-Jawzi dan al-Hafiz dalam al-Lisan menyebutkan secara pasti kepalsuannya dan diakui oleh penulis (al-Suyuti).

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs