Wahai Abu Qasim! Beritahulah aku, adakah seorang manusia itu diciptakan daripada air mani lelaki ataupun air mani perempuan?

TEKS BAHASA ARAB

قال عبد الله: مر رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فجعل الناس يقولون: هذا رسول الله. فقال يهودي: إن كان رسول الله فسأسأله عن شيء، فإن كان نبياً علمه. فقال: يا أبا القاسم! أخبرني؛ أمن نطفة الرجل يخلق الإنسان أم من نطفة المرأة؟ فقال: (إن نطفة الرجل بيضاء غليظة، فمنها يكون العظام والعصب، وإن نطفة المرأة صفراء رقيقة، فمنها يكون الدم واللحم).


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, beliau berkata bahawa ketika Nabi SAW lalu, manusia berkata: Ini adalah Rasulullah. Lalu orang yahudi berkata: Jika dia Rasulullah maka aku akan bertanya dia tentang sesuatu, dan jika dia seorang nabi dia akan mengetahui. Lalu dia berkata: Wahai Abu Qasim! Beritahulah aku, adakah seorang manusia itu diciptakan daripada air mani lelaki ataupun air mani perempuan? Lalu Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya air mani seorang lelaki itu putih dan pekat dan daripadanya terjadi tulang dan saraf. Sesungguhnya air mani seorang perempuan itu kekuningan dan cair dan daripadanya terjadi darah dan daging.”


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1694, hadis nombor 8541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Mas'ud RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Musnad Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Kabir.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs