TEKS BAHASA ARAB
من تزيى بغير زيه فقتل فدمه هدر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang tidak memakai pakaian seragamnya, lalu dia terbunuh, maka darahnya tidak berhak dituntut (untuk dilakukan qisas).
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 89, hadis nombor 413. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس له أصل يعتمد، وفيه حكايات منقطعة عن بعض الجان.
Tidak ada asas yang boleh dipegang bagi hadith tersebut, di dalamnya mempunyai cerita-cerita yang terputus daripada sebahagian golongan jin.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.