Dia boleh keluar daripada perasaan sayang

TEKS BAHASA ARAB

يخرج عن ودك ولا يخرج عن طبعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia boleh keluar daripada perasaan sayang, namun dia tidak akan boleh keluar daripada sifatnya yang asal.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 108 – 109, hadis nombor 534. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

مشهور على الألسنة، وفي معناه حديث أبي الدرداء رضي الله عنه: (إذا سمعتم بجبل زال عن مكانه فصدقوا وإذا سمعتم برجل زال عن خلقه فلا تصدقوا به فإنه يصير إلى ما جبل عليه).

Masyhur diucapkan pada lidah orang ramai, semakna dengannya adalah hadith Abu al-Darda' RA: “Apabila kamu mendengar bukit berubah daripada tempatnya, maka percayalah. Namun, jika kamu mendengar seseorang berubah akhlaknya, maka janganlah kamu percaya kerana dia tetap sebagaimana dia ciptaan asalnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs