Apabila Nabi SAW diperjalankan ke langit ketujuh

TEKS BAHASA ARAB

عن عطاء قال: ” لما أسري بالنبي صلى الله عليه وسلم إلى السماء السابعة قال له جبريل: رويدا فإن ربك يصلي! قال: وهو يصلي؟ قال: نعم. قال: وما يقول؟ قال: يقول: سبوح قدوس رب الملائكة والروح، سبقت رحمتي غضبي “

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Atha’ berkata: “Apabila Nabi SAW diperjalankan ke langit ketujuh. Telah berkata Jibril kepada Baginda: Sebentar! Kerana Tuhanmu sedang solat. Baginda bertanya: Allah bersolat? Jawab Jibril: Ya. Baginda bertanya: Apa yang diucapkan-Nya? Jibril menjawab: Allah berkata: “Maha terpuji dan Maha Suci, Tuhan Malaikat dan Ruh (Jibril). Rahmatku mendahului kemurkaan-Ku.”

 

STATUS

Munkar

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1669, hadis nombor 8421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis [yang tidak dinyatakan sahabat yang meriwayatkannya] ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn al-Jawzi.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs